Tindakbalas Iran Resolusi 1737 Majlis Keselamatan PBB

Iran bertindakbalas dengan mengutuk resolusi itu dan mengkritik Majlis Keselamatan. Mohammad Ali Hosseini, jurucakap bagi Kementerian Luar Iran, telah berkata bahawa resolusi "tidak memberi kesan atau menghadkan aktiviti nuklear Iran, tetapi akan mencemarkan keputusan Majlis Keselamatan, yang mana kuasanya semakin merosot." Oleh kerana resolusi itu di bawah Perkara 41 daripada Bab 7 dari Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, ia tidak boleh dipaksa menerusi penggunaan ketenteraan.[5]Pesuruhjaya Iran, M. Javad Zarif, juga telah menjawab kepada also resolusi itu, “Satu negara dihukum kerana melakukan hak asasi negara berkenaan,” menuduh majlis berkenan bertindak mengikut "perintah rejim merbahaya yang mempunyai kelakuan agresif dan jenayah perang,” merujuk kepada Israel, yang mana Perdana Menteri, Ehud Olmert, mengambil langkah-langkah terhadap penyahsamaran gedung nuklear Israel yang disyaki .[6]

Dalam reaksinya kepada resolusi berkenaan, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah menyatakan "Saya minta maaf kepada anda yang telah kehilangan peluang untuk persahabatan dengan negara Iran. Anda sendiri tahu bahawa anda tidak dapat merosakkan negara Iran walau sedikitpun." Hosseini, jurucakap kementerian luar, telah bersumpah bahawa hubungan Iran dengan agensi nuklear PBB akan berubah.[7]